4/21/2011

Kerja makan gaji - Yang mana anda pilih

Semalam aku lepak ngan kawan2 aku yang free trang tang tang walaupun makan gaji. Jeles gak la aku sebab they have the security of salaries and benefits, and at the same time have the flexibility of doing their own things.

Salah satu pekerjaan yang aku rasa best ialah jadi pilot (one of my frens is a pilot. Ni kira dengar citer die la ni hehe). Semua orang tahu jadi pilot gaji besar. Even co pilot pon boleh dapat dalam rm5k sebulan tak campur dengan elaun2 lain. Silap2 boleh cecah rm8k. Selain dari tu, kalau selalu fly pon dapat lagi banyak imbuhan. Kalau pilot yang senior, setakat pendapatan rm20k sebulan tu kira achievable la. Tade yang peliknya.

Tu baru citer part imbuhan. Yang menjadikan kerja pilot ni lagi best ialah flexibility masa yang mereka ada. Kalau tak silap aku, average hari yang diorang keje cuma dalam 15 hari sebulan. So hari2 yang lain tu mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nak dok rumah ke, buat bisnes ke, study ke, buat investment ke etc etc. Ada juga citer yang aku dengar, kalau senior pilot yang bawak 747, cuma ada 2 flight je sebulan. The rest of the month tu terpulang la nak wat apa pun. Tak perlu punch kad, tade sapa call tanya kat mana etc, tade kena query sebab datang lambat ke pejabat.

Aku ada la jumpa 2-3 pilot yang jadi investor. Dengan pendapatan yang banyak ditambah pula ilmu kewangan yang tinggi, mudah untuk mereka ni meningkatkan asset diorang dalam masa yang singkat. Duit modal besar, masa untuk buat investment pn banyak. A very good recipe for personal finance success. Malah ada di antara pilot2 yang berjaya ni, baru je mencecah umur 30an!They can already afford to quit and live a financial freedom life. Tapi why quit kan? keje best, boleh jalan sana sini, gaji besar hehe.

Cuma bukan semua orang boleh jadi pilot. Requirement tinggi. Selain dari pencapaian akademik yang cemerlang, diorang perlu melalui pelbagai latihan dan ujian yang bukan senang.Ye la keje pilot ni tanggungjawab die besar sebab bila jadi sebarang kecemasan, mana boleh park kapal terbang tu kat tepi jalan pastu kasi hazard light. Diorang kena cukup cekap untuk mengatasi sebarang kesulitan yang timbul dan bukan semua orang boleh melakukannya.

So pada sesiapa yang suka makan gaji tu, carik la keje yang best. Kalau gaji tinggi tapi masa kita terikat untuk syarikat semata, pun tak best gak. Kalau banyak masa, gaji ciput pon tak best gak. Tapi paling malang, gaji ciput, masa pun tade. Pastu kena plak obey office hour. Ada punch kad etc. Lambat skit masuk opis dah ada mulut2 complaint kecoh2 kat HR. Si polan si polan tu datang lambat, balik awal etc. Ish pada aku kalau keje kat suasana macam tu, tak berbaloinye...

(citer pasal pilot tu aku takleh nak sahkan kesahihannya. Korang kalau nak tau lebih lanjut, carik la mana2 pilot pastu tanya diorang sendiri. Lagi senang. Oh ya! satu contoh senang pilot yang kaya ialah azizi ali. Sumer orang kenal...)

Kalau ada RM50k nak labur kat mana?

Sikiranya anda diberi wang sebanyak RM50,000 dimanakah anda akan letakkan wang simpanan tersebut?

Jom kita kongsi-kongsikan di blog saya.

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan

Berikut saya nyatakan secara ringkas, langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di bank Maybank.


1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.


2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).


3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ‘simple’ sahaja.


4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).


Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi).


Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.


5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.


6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.


7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.


8. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja.


Maybank2u.com Untuk Akaun Semasa


Sudah pasti Maybank2u.com amat diperlukan untuk perniagaan internet yang dilakukan. Jika tidak, bagaimana kita mahu menyemak bayaran daripada pembeli. Jadi, kita perlu daftar juga.


1. Perlu isi satu borang lain untuk mendapatkan akses ke akaun semasa melalui Maybank2u.com.


2. Jika akaun itu berbentuk perkongsian, satu borang perlu diisi dengan senarai no. akaun bank yang boleh menerima transfer (wang) daripada akaun semasa. Bermaksud, no. akaun lain yang tidak didaftarkan tidak dapat menerima transfer daripada akaun semasa (jenis perkongsian) tersebut.


3. Satu surat ber-letterhead perniagaan/syarikat perlu dikepilkan bersama. Mereka berikan contoh format surat yang mereka mahukan. Surat ini adalah untuk akaun jenis akaun semasa jenis perkongsian sahaja. Perlu tandatangan kesemua rakan kongsi.


4. Akaun Maybank2u akan siap terus pada hari kita mengembalikan borang permohonan Maybank2u tersebut.


Segala maklumat di atas adalah setakat sedikit yang saya tahu. Selebihnya, anda boleh bertanya kepada pegawai yang bertugas untuk maklumat yang lebih tepat dan lengkap.


Berbaloikah beli Syer Bank Rakyat?

Semua orang duk sembang dan sanggup Q panjang kat Bank Rakyat untuk beli syer keanggotaannya sejak beberapa tahun lepas habis dilanggan..Kini di buka balik dengan jumlah modal 3 billion. Mungkin ada dah pagi2 duk pegang pintu bank atau siap amik cuti khas. Berbaloikah..???



Berdasarkan sejarah prestasi lepas BR ni bayar dividen secara puratanya 15% setahun katanya...memang masyuk la compare dengan instrument pelaburan yang seangkatan dengan nya. Saya rasa mungkin sbb itulah semua org sanggup Q panjang2 even 2-3 jam sekali pun..Even dividennya adalah kompetitif, syer BR ni ada kelemahannya tersendiri..



Pada pendapat saya, KURANG berbaloi (bukan tak, just kurang)





  1. Q berjam-jam..sedangkan boleh



  2. beli/tambah RM500 je.. (kalau RM 50,000 berbaloi gak Q lama ni), jika RM500, dengan dividen 15% setahun dapat la RM75 setahun, then



  3. kena tolak byrn takuful berkelompok RM10 p/tahun..bersih dapat RM65 jewww.



  4. Dividen ni pulak WAJIB CASH OUT..so tak leh la nak apply power of compounding/ accumulating interest, ayat mudah nya duit tu takleh beranak pinak dalam BR unless BR tambah modal lagi la yer..(mcm sukar je nak tambah suka-suka).



  5. Lagi satu, untuk yang baru nak beli share..BR (cwgn PJ) wajibkan buka akaun simpanan minima RM10 ngan BR (kena attach 2 salinan IC)..alasan senang nak creditkan dividen..cash out tunjuk IC kat kaunter pun boleh



  6. point seterusnya ialah syer BR hanya la memberikan cash flow return shj, NO CAPITAL APPRECIATION, ayat mudah nya kalau ada syer RM 500, nilai nya akan tetap RM 500 bukannya bleh naik ke RM 501 dsbnya



  7. Last point is the share has very low liquidity....ayat mudahnya..nak jual balik share tu kena isi borang kat BR, after 1 year then you will get back your money...let's says labur RM 500...lepas 1 tahun awak apply nak jual share tu baru dapat balik RM 500...kalau RM 50,000..tup2 ada peluang pelaburan lain yg lebih menarik, melepas la, kecuali byk lagi duit lain la..kalau nak beli syer BR ni..duit yg digunakan betul2 duit lebihan dan bukan amik dari your emergency fund.