3/16/2010

Membeli kereta dengan bijak.

Dalam zaman sekarang ini kereta merupakan impian setiap orang untuk memlikinya, samada kete baru, tambah lagi atau tukar yang lagi power. Tetapi malangnya suka atau tidak perkara ini melibatkan kewangan, atau senangkata ekonomi kita sendiri. Adakah kita benar benaf cerdik dalam membuat pemilihan tentang cara membeli kereta.

Disini saya ingin memberi pandangan mengenai masalah ini. Saya bukan pakar ekonomi atau macam azizi (datang daripada planet lain), sekadar pandangan jujur sahaja.

Saya perhatikan ramai daripada kita bergolok gadai untuk membeli kereta. Adakah cara kita betul? Mari kita lihat beberapa scenario

1. pekerja biasa, layak beli kereta tetapi tiada simpanan dalam bank
2. golongan menengah, layak beli kereta, ada simpanan dalam bank.

Bagi kes 1, saya dapati ada yang membeli kereta sehingga 9 tahu, kerana tiada bayaran muka diperlukan. Ada juga yang beli kereta terpakai. Pada saya tidak mengapalah jika buat 9 tahun atau kereta terpakai, kerana kereta boleh dianggap sebagai keperluan mandatory (secara umum) terutama yang berkeluarga. Harus diingat nabi (SAW) ada bersabda lebih kurang maknanya bahawa keluaga itu insyaalah akan bahagia/aman/sejahtera jika tempat kediamannya baik, isteri yang baik dan kenderaan yang sesuai. Makna sesuai adalah yang berkadaran dengan pendapatan dan juga besarnya keluarga dan sebagainya. Selain itu kadangkala membeli kereta menjadikan seorang itu kuat bekerja, panjang akal, dan banyak jalan rezeki dihadapan. Mungkin kerana ada komitmen yang perlu dilangsaikan atau mungkin dengan adanya kereta boleh jual nasi lemak ditepi jalan! Atau sebagainya. Tetapi kadangkala berlaku sebaliknya. Saya tidak menjelaskan kelayakan sesorang, maknanya adakah daripada gaji hanya 10% digunakan membeli kereta, maka anda layak membeli? Tetapi sekadar penyataan umum tentang membeli kereta, berdasarkan perkiraan anda yang anda layak/perlu membeli kereta.

Tetapi yang saya ingin tekankan ialah bagi kes kedua, dimana ramai golongan menengah yang tidak cermat atau kurang bijak dalam membeli kereta. Katakan A ada kereta jika dijual boleh dapat 10K, mempunyai simpanan 20K bercadang membeli kereta baru berharga 50K. Kereta boleh dibeli tanpa pendahuluan.Bagaimana cara sepatutnya dan bagaimana cara yang diamalkan oleh orang kita?

Kebiasaanya kita akan jual kereta dapat 10K dan menggunakan 20K sebagai downpayment. (30K)- walaupun boleh tiada muka. Maka loan yang dibuat hanyalah 20K. Katakan interest 3% (nombor mudah) dan dibeli dalam tempoh 5 tahun, maka harga kereta ialah 20K + 3K= 23K. Maka bayaran sebulan ialah RM 383. Kecil bukan?

Tetapi tidakkah anda meyedari bahawa anda tiada langsung wang simpanan ketika itu, malahan terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada wang anda untuk membayar kereta!

Sebagai alternative, katakana kita simpan 20K dalam ASB, dengan kada 10% (no mudah). Katakan kita pinjam full loan selama 5 tahun juga dengan interest 3%. Berapa bayaran kita? Kita jual kereta lama 10KHarga kereta ialah 40K + 6 = 46. Jumlah bayaran ialah RM 766. Tetapi dengan interest 10% daripada asb atau RM 167, bermakna bayaran diperlukan ialah 766-167 = RM 599.Mana lagi mahal? Cara kedua lagi mahal, iaitu bezanya RM217. Bermakan kita perlu tambahan bayaran sebanyak RM217 selama 5 tahun!

Jumlah tersbut ialah tambahan sebanyak RM 13 K selama 5 tahun (tempoh pinjaman kereta). Bagi kes kes lain adalah seperti berikut.

Jual Keta Harga Kereta simpanan pinjaman tambahan 5 tahun

10 50 0 40 $0.0010 50
10 40 $6,500.00
10 50 20 40 $13,000.00
10 50 30 40 $19,500.00
10 50 40 40 $26,000.00
10 50 50 40 $21,000.00
10 50 60 40 $16,000.00

Tetapi fakta yang tidak kita sedari ialah kita masih mempunyai simpanan yang kekal 20K. Tambahan bayaran yang diperlukan ialah 13K, maka kita ada baki sebenar 7K! (harus diingat ini adalah setelah ditolak kos tambahan, kerana pinjaman yang tinggi, wang simpanan tidak berubah).

Dengan kata lain kita mempunyai 7K dan harga kereta ialah 46K, beza harga ialah (-39K) seperti jadual dibawah. Sekiranya anda ada simpanan 60K, anda perlu membayar RM 766 dengan subsidi RM 500 (interest ASB), maknya jumlah yang dibayar sebulan hanyalah RM 266 atau 16K selama 5 tahun.

Makna sebenar ialah anda membeli kereta 50K dengan haraga 16K sahaja kerana subsidi simpanan. Makin banyak simpanan anda makin sikit bayaran!

Sebenarnya cara ini dibuat oleh masyarakat cina. Mereka tidak pernah mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli kereta, tetapi dengan menggunakan mechanism yang ada untuk mengurangkan beban.

Yang paling mudah dan simple ialah interest kereta ialah 3% dan interst ASB 10%, bermakna ada beza 7% disitu. Daripada kita mengorbankan keseluruhan wang kita lebih baik kita gunakan margin 7% untuk menampung bayaran kereta kita yang mana ini lebih menguntungkan.

Ada yang bijak, menggunakan kereta wira dengan bayaran RM 500 dan berhajat upgrade kereta, dengan menggunakan kaedah ini, mendapatkan subsidi rm 500 sebulan (katakan ada simpanan 60K), maknanya kuasa membeli meningkan sebnayak RM1000, yang mungkin bole pakai perdana, dengan bayaran yang sama sekarang!

Kesimpulan,

Membeli kereta perlulah dengan bijak. Simpanlah wang anda baik kerana simpanan itu adalah “oprtunity”. Mungkin dengan duit simpanan yang kita tidak gadaikan untuk duit muka kita berpeluang membeli saham baru, tawaran perniagaan yang baik dan sebaginya. Sekiranya duit itu tiada maka kita mungkin terlepas peluang peluang yang lain. Ini dipeanggil sebagai opurtunity.

Sekian fikirkanlah. Ini hanyalah satu cara bukan baik sangat tetapi boleh dibuat rujukan. Kalau baik sangat jd buku pulak!

p/s kadangkala duit simpanan pun kena pakai juga kalau memang dah tak boleh buat ape.

3/10/2010

Pengenalan Kepada OD (Overdraf ) ASB

OD - ASB (Base on True Story)
1. Over Dratf (OD) 2. OD Settlekan credit loan credit card3. OD untuk pelaburan hartanah (rumah lelong,emas public gold, sewa, jual/beli)Pengenalan...Saya dah buat/guna pasal OD nie dalam 1 tahun lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.Apa yang saya faham pasal OD?Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep "daily rest" (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.Tapi, macam mana nak mula?p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.So, sampai je, lengkapkan borang "Penukaran Bentuk Buku ke Sijil".

Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB.

So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.

So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai......

Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?...18% per annum. Amik kou.....so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb. Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)...so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.

2. OD untuk pelaburan hartanah- Untuk modal beli rumah lelongYang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie.... . Baru aku faham dan start buat. Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.Secara konsepnya...kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)...then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung....masak le korang.Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price...so, ada lebihan cash...apa lagi...-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya....Ini yang aku buat. So, so far on track la....you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi.
'
Sebagai bumiputra marilah kita manfaat kelebihan ini dgn mencarum dalam ASB. Dah byk duit dalm ASB tu bolelah kita apply OD dan buat investment utk menambahkan pendapatan. Banyak contoh2 orang melayu yg berjaya dalam memanfaatkan kelebihan OD ni seperti PIE2020, Pokli, Hizam and Dodi.. So..tepuk dada tanyalah selera....For futher info please click to this link http://www.pokli.com/2010/01/ilmu-overdraft-ulanganpada-yang-tak.html